Yakin Biarpun Terpinggir

Makna cantik dan sempurna yang sering disogokkan kepada khalayak seringnya dipaparkan melaui medium iklan dan penyataan klise masyarakat. Cantik dan ramping, bertubuh sasa, kulit putih halus melepak, krim anti penuaan dan berbagai lagi makna sempurna. Semua ini jika sedari telah dihidangkan hanya dengan satu tujuan iaitu kosumerism. Jadikan khalayak tidak yakin dengan diri sendiri, lalu mereka jual produk yang menjajikan 1001 penawar untuk menjadikan mereka yakin dengan diri sendiri.

Mengapa mereka yang berbadan besar, berkulit gelap, tona kulit tidak sekata, kesan parut akibat kemalangan tidak dibenarkan mengiktiraf diri mereka sebagai sempurna? Mengapa kita sebagai masayarakat yang bebas membenarkan syarikat produk kecantikan mendefinasikan kecantikan hanya melalui kaca mata mereka sahaja?

@catherhea melihat pengaruh dan kesan mass consumerism sebagai satu pengaruh yang negatif. Melalui beberapa siri projek peribadi seperti The Brown Men dan #LivOutLoud 2.0 Kempen untuk World Cerebral Palsy Day, Catherhea meneroka pergelutan perasaan yang juga sering membelenggu dirinya dan membuka ruang untuk golongan yang merasa terpinggir untuk menyuarakan pendapat mereka.

Apa yang bermain difikiran anda bila merancang sesuatu projek peribadi?

Biasanya saya akan fikir jika projek itu ada mempunyai nilai atau manfaat untuk para komunity yang terpinggir, dan macam mana perasaan saya boleh dicerminkan melalui seni visual.Saya mengenali anda secara peribadi dan melihat perkembangan hasil karya anda sekarang.

Anda berkembang menjadi seorang individu yang cemerlang dalam berkarya. Apa yang menggerakkan perubahan tersebut?

Akses mudah kepada media sosial membuat saya sedar bahawa peluang dan sumber itu banyak, jadi saya cuma mengambil kesempatan untuk menyatakan pendapat dan perasaan saya.

Kebanyakan hasil karya saya diilhamkan oleh cerita hidup orang lain. Bagaimana anda menemukan indentiti dan suara tersendiri dalam berkarya?

Secara jujurnya, saya tidak tahu lagi identiti dan suara tersendiri dalam berkarya sebab saya rasa saya masih lagi meneroka stail sendiri. Saya cuma mencuba sedaya upaya untuk memotret kecantikan subjek gambar dalam bentuk mereka yang paling jujur.

Apakah perubahan terbesar dalam diri anda dalam perjalanan menyiapkan projek peribadi fotografi?

Kini, saya ada sedikit lagi keyakinan sebagai seorang artis. Ini telah memudahkan saya untuk menyatakan idea saya, dan mendekati sesiapa yang saya rasa sesuai untuk projek.

Tema dan kandungan projek anda sering mengutarakan suara terpinggir dalam komuniti, adakah ia juga refleksi kepada diri anda?

Ya, dalam diri saya terdapat pertempuran tersendiri yang berterusan, sehingga hari ini. Dengan membuat projek peribadi, saya berharap untuk mencapai penerimaan diri juga.

Pemahaman tentang cantik dan buruk telah didefinasikan oleh bahasa kapitalis/komersial bagaimana kita boleh membuang tanggapan sedemikian?

Topik ini sukar diperdebatkan, kerana faktor pemahaman kecantikan kini adalah pelbagai, termasuk pengaruh penjajahan orang putih. Ini kena bermula dengan menyayangi diri sendiri walaupun tidak mengikut kriteria majoriti yang dianggap cantik; dari ciri-ciri muka yang unik ke tekstur rambut kerinting ke kulit yang gelap. Meraikan kecantikan anda sendiri dan orang lain, secara terbuka.

Hasil dari projek peribadi, anda menerima berbagai tawaran tugasan dari jenama terkenal dan individu. Apa reaksi dan alasan pertama mereka memilih anda?

Kebanyakan komen yang diterima adalah mereka mengagumi konsep tersebut, terutamanya bila wakil dari pelbagai jenis komuniti dirakam secara berhemah dan/atau anggun.