Kisah Kentang DiRaja

Kaedah pujukan melalui psikologi telah digunakan dalam perkembangan ekonomi sesebuah kerajaan sejak berabad lamanya. Walaupun ada sesetengah pakar ekonomi moden menentang idea ini dengan mengatakan hanya strategi rasional dan logik sahaja yang membantu kecemerlangan ekonomi sesebuah kerajaan.

Pada abad ke 18 kerajaan Prussia yang diterajui Frederick Terhebat sedang mengalami kekurangan bekalan roti dan menyebabkan inflasi.

Risiko kelaparan dan isu kenaikan harga merumitkan lagi kebajikan rakyatnya

Runsing dengan keadaan itu beliau tidak mencadangkan agar rakyatnya yang miskin mengurangkan makan roti.

Beliau mencadangkan agar kentang dijadikan makanan gantian untuk memastikan rakyatnya tidak kelaparan dan mendapat sumber karbohidrat yang mencukupi.

Tetapi, kentang pada ketika itu merupakan tanaman yang tiada nilai, malah dipandang remeh oleh rakyat bawahan.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk ‘memaksa’ rakyatnya mula memakan kentang seperti menguatkuasakan undang-undang malah mendenda mereka yang ingkar. Tetapi ia masih tidak berkesan.

Malah kempen makan kentang beliau mendapat tentangan yang hebat dari masyarakat.
Frederick Terhebat merasa kempen kentangnya tidak mendatangkan hasil, beliau mencuba kaedah pujukan dengan cara yang halus.

Satu hari, Frederick Terhebat membuat pengumuman bahawa di istana ada kawasan kebun kentang khas untuk dimakan oleh keluarga diraja dan atau hanya boleh dimakan dengan keluarga diraja.

Bukan itu sahaja, beliau menempatkan pengawal untuk melindungi tanaman kentang diraja itu.

Cuma pengawal yang menjaga tidak berdiri terlalu berdekatan kebun kentang tersebut atas arahan rahsia Frederick.

Rakyat yang merasa ingin tahu tentang keistimewaan kentang tersebut telah menyelinap masuk dan mencuri kentang dari kebun diraja. Malah ada yang menanam kentang diraja tersebut untuk dinikmati mereka.

Hari ini kentang menjadi makanan ruji untuk kebanyakkan negara di seluruh dunia.

Kaedah yang digunakan oleh Frederick ialah memberikan tanggapan sesuatu yang terhad dan esklusif mampu mempengaruhi rakyatnya membuat keputusan.