fbpx
Skip to content

Kata apa.

Selamat datang ke BIKIN. Untuk kesekian kalinya blog aku yang tercinta ini bangkit dari tidur yang panjang. Aku rasa kali terakhir aku update blog ni hanyalah bila aku buat perubahan kosmetik kira-kira pada Ogos 2022.

Ye. betul. Aku cuma kemaskan susunan, design, design logo dan branding yang lebih simple dan mudah ditelan pembaca. Perubahan ini dengan harapan dapatlah membangkit semangat aku untuk menambah kandungan majalah ni, ternyata ia hanyalah angan-angan yang aku ciptakan sendiri untuk menyedapkan hati.

Untuk pengetahuan korang aku ada akaun peribadi di Instagram, LinkedIn dan Facebook, tiga akaun perniagaan di Instagram/Facebook iaitu BIKIN, Objektif, Gedung Renyuk dan Terasa cafe (ni bisnes bini aku), dua website (Objektif dan BIKIN) Kadang aku duk terfikir sendiri kenapa aku kena ada akaun medsos yang banyak sampai terbiar bersawang berlapis habuk.

Jadi sebelum aku ambil keputusan untuk create satu lagi page khusus untuk aku tulis blog (ehem..ehem sebenarnya aku dah create satu kat Substack – mampu buat satu post je) Jadi dengan kesedaran baru satu azam untuk meminimumkan dan memusatkan seluruh kandungan aku ke dalam satu blog ini. So konsep BIKIN akan berubah sedikit, tidak hanya tertumpu kepada topik seputar design/seni/foto. Aku akan memasukkan segment baru yang berkait mengenai perniagaan, UX design dan personal anekdot.

Rasanya aku cuba untuk lari dari terlalu rigid dengan sesuatu kategori kandungan seperti BIKIN sebelum ini. Nak lebih relaks dan santai. Bak kata orang eskimo ‘go with the flow’.

Tengoklah macam mana nanti, nak janji lebih kang takut tak tertunai atau dituduh lidah bercabang. Lainlah kalau aku politikus.

Bai,

Lokman S
Editor In Chief

Berkawan jangan berlawan

Jom jaga tepi kain BIKIN.

Apa cerita?