Ketika aku mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi sekitar tahun 2010, aku mula mendengar nama @kukubesihir meniti di bibir peminat fotografi terutamanya dalam niche manipulasi foto. Imej rebel/metal yang dibawakan beliau mencorakkan kelainan dalam penghasilan karya-karya beliau yang kelihatan dark/gritty. Evolusi kerjaya beliau mula berubah apabila menerima Anugerah Poster Filem Terbaik melalui filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan @krufilem Malah sebelum itu pun, jenama pakaian beliau @empayar.kukubesi telah mula menakluki segmen pasaran tshirt Malaysia dengan wajah rekaan ‘berhaluan kiri’. 

Mengapa anda memilih KukuBesi sebagai nama artis?

Kukubesi sebuah nama yang kasar, keras, dan mempunyai karekter tersendiri, mudah diingati dan dieja, main point untuk mudah disebut dan diingati.

Kuku Besi pada awalnya dikenali melalui bidang manipulasi photoshop, bagaimana sambutan terhadap bengkel manipulasi masakini?

Alhamdulillah, walaupun sudah lama tidak membuat bengkel manipulasi tetapi ramai yang masih bertanyakan untuk menyertai bengkel secara berkumpulan dan persendirian.

Memenangi anugerah Poster Terbaik FFM24 merupakan titik tertinggi karier anda, apakah perubahan terbesar selepas memenangi anugerah tersebut?

Perubahan besar berlaku sebelum poster itu menang lagi, di mana poster filem malaysia mula meletakkan design saya sebagai benchmark, tetapi selepas kemenangan di umumkan saya lebih banyak mendapat kepercayaan daripada prnerbit filem di malaysia.

Boleh ceritakan pengalaman bagaimana anda mendapat tugasan untuk poster filem Hikayat Merong Mahawangsa?

Saya pada awalnya secara tidak sengaja menghantar email kepada Yusry KRU pada masa itu , ketika itu saya berada di cybercafe , saya melihat seorang gadis cantik sedang tersenyum di sebelah saya dan saya mencuri lihat apa yang sedang dia buat, saya nampak muka Yusry KRU dan terus terlintas untuk menghantar mesej peribadi menerusi facebook kepada Yusry dan melampirkan jaringan online segala portfolio design dan photomanipulation saya dan setelah 10 minit Yusry terus membalas dan menawarkan projek tersebut kepada saya.

Adakah penerbit filem pada masakini bersedia untuk melabur besar kepada pereka poster filem?

Secara jujur tidak, mereka yang melaburkan kebanyakannya dari penerbit filem dari syarikat yang besar, dan mereka akan melabur kepada pereka poster yang mereka sudah yakin bekerja dan mempunyai reputasi yang baik sahaja.

Siapakah artis manipulasi yang banyak memberi inspirasi kepada anda?

Saya tidak mempunya artis khusus dalam photomanipulasi, saya banyak membuat rujukan secara rawak, tetapi Dave Hill yang banyak memberi inspirasi dlm photo editing secara komersial.

Bagaimana dengan perkembangan label Empayar KukuBesi?

Empayar KukuBesi pada tahun 2020, kita sekarang dalam proses kebangkitan semula, dengan kata lain rebranding. Pada musim covid 19 ini banyak masa diluangkan dalam proses penambahbaikan serta pemantapan direction untuk akan datang.

Benarkah label Empayar KukuBesi ‘menderita’ akibat penyakit cetak rompak pasar malam yang berleluasa? Pada pendapat saudara, bilakah ‘wabak’ sedemikian akan reda di Malaysia?

Menderita secara mental sahaja tidak menderita secara jualan, kerana jualan kami ketika berlakunya cetak rompak, jualan kami tetap bagus, cuma sedikit sebanyak mengganggu momentum pemikiran saya pada ketika itu. tetapi kita sudah jadi alah bisa tegal biasa.

Apakah strategi perniagaan KukuBesi dalam menghadapi wabak covid19?

This is a good time untuk duduk dan susun perancangan baru, di saat orang lain sedang kusut dan tertekan, kami gunakan saat ini untuk mengumpul semangat dan melebarkan idea kreatif untuk menghadapi permasalahan ini. Secara peribadi wabak covid ini bukanlah satu panic button buat saya kerana saya sudah mengalaminya pada 2015 , jadi sekarang sudah tidak bermasalah lagi, hanya perlu fokus sahaja dan sering membaca atau melihat perkembangan peniaga lain sama ada mereka bangkit atau merundum.