30 tahun dulu saya pernah menulis surat kepada sebuah band black metal paling berpengaruh di dunia – Immortal. Ya you heard it right the first time. Immortal. Here’s the story

Saya tak pernah suka lagu Melayu masa membesar.
Bunyi macam berangan, budak Felda yang tak tahu sepatah haram English. Bukan sebab nak lain dari orang lain. Tapi bila saya jalan kat kedai kaset, saya akan menerawang ke seksyen rock/metal Barat. Tak tahu kenapa, suka tengok cover album yang berbeza.
Scorpions. Mötley Crüe. Metallica. Ilustrasi yang out of this world. Konsep visual yang tak pernah saya jumpa dalam apa-apa produk tempatan masa tu. Bayangkan — kau tak pernah dengar satu nota pun, tapi kau dah tertarik hanya dengan melihat.
Itulah kali pertama saya sedar bahawa visual boleh buat orang rasa sesuatu sebelum mereka faham apa yang mereka rasa.
Kaset pertama yang saya beli — Mötley Crüe, Dr. Feelgood dan Metallica, The Black Album — dibeli di pasar malam Kota Tinggi.
Saya beli yang original ya.
Dunia Aku Bukan Dalam Radio
Lama-lama minat tu berkembang dari mainstream ke dunia muzik underground. Black, death, heavy, thrash, doom, progresif— band-band dari seluruh dunia yang tak pernah masuk radio, tak pernah ada MV di TV, tak pernah dapat validation dari industri.
Underground ada semangat yang lain dengan mainstream. Anti validation. Kau nak buat kau buat. Demo kaset yang dirakam sendiri. Flyers yang direka secara raw, taip, lukis- fotostat. Fanzine yang diterbitkan oleh editor local dari bilik tidur mereka sendiri dengan guna mesin taip je. Kalau kaya sikit guna komputer.
Semuanya DIY. No rules. No validation. No industry agreement.
Saya tak main band. Tapi keinginan untuk menyumbang kepada scene tu terlalu kuat untuk diabaikan. Jadi saya buat satu-satunya benda yang saya tahu macam mana nak buat dengan baik , jadi saya cuba terbtkan zine sendiri. Nama zine saya — DATURA.
Saya hantar surat interview ke band-band local dan overseas. Dalam bahasa Inggeris, dengan bahasa yang tunggang langgang dan style interview yang saya copy dari fanzine lain. Salah satu surat tu pergi ke Norway. Kepada sebuah band black metal yang masa tu masih baru, masih belum ada nama besar.
Band tu — Immortal.
Bayangkan perasaan tu. Seorang budak dari Felda, Malaysia — dan band dari Norway ambil masa untuk jawab soalan-soalan dia. Malah record lable dari Europe pun mula hantar sample demo CD untuk saya ulas.
Rasa macam surreal.
Tapi ada satu keputusan yang saya buat untuk DATURA yang saya rasa paling bijak dalam kerjaya penulisan. Saya terbitkan dalam Bahasa Melayu.
“Zine Bahasa Melayu!”
Kebanyakan fanzine local masa tu diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri baca zine-zine tu dan tak benar-benar comprehend sepenuhnya — language barrier yang nyata untuk pembaca tempatan. Budak baru nak naik ni mana la reti baca Bhasa Inggeris, terkial-kial nak faham. Kenapa perlu terbitkan dalam bahasa Inggeris kalau pembaca semua Melayu?
Jadi saya tanya soalan mudah:
Siapa yang akan baca DATURA?
Mestilah budak-budak tempatan macam saya juga.
Isu kedua DATURA keluar dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Bila masa gig saya akan buka booth dan jerit – Zine bahasa Melayu! – Laris jualannya. Surat peminat mula masuk. Ramai yang tulis kata mereka suka cara saya tulis — cara saya tanya soalan, cara saya sampaikan cerita, cara saya buat scene tu rasa accessible untuk semua orang.
DATURA survived empat isu malah jadi landmark publication dalam scene.
Naluri Yang Tak Pernah Pergi
DATURA akhirnya berhenti. Hidup ambil alih — kerja, tanggungjawab, dan DATURA edisi cetakan profesional terkubur sebab kena tipu dengan kawan sendiri.
Tapi naluri jurnalis dalam diri saya tak pernah mati.
Dia cuma tukar medium.
DATURA jadi Majalah BIKIN. Surat interview jadi temubual pengguna dalam UX research. Booth di scene underground jadi platform digital. Surat kepada Immortal jadi DM kepada founder dan CEO.
Dan soalan yang saya tanya Immortal dari Felda pada tahun 90-an —
Saya masih tanya soalan yang sama hari ini. Kepada orang yang berbeza. Dalam dunia yang berbeza.
Naluri tu tak pernah berubah.
Tidak Pernah Lambat
Tujuan saya kongsi kisah ialah untuk saya beritahu, sekiranya anda rasa terlambat.
Anda tak lambat, cuma belum jumpa medium yang betul untuk salurkan psssion yang dah lama ada dalam diri. Menulis, melukis, bertukang, berkebun dan macam -macam lagi.
Cuban tanya diri:
Apa yang kau buat dengan ikhlas, tanpa upah, tanpa pengiktirafan, semata-mata sebab kau rasa kau memang minat?
Jawapan tu adalah titik permulaan kau yang sebenar. Saya mula dari pasar malam dengan kaset Mötley Crüe.
Tiga puluh tahun kemudian — saya masih ikut naluri yang sama.
P.S. Kalau artikel ni rasa macam kau tengah baca kisah kau sendiri — kita patut borak. DM saya di Threads atau email lokman@objektif.cc . Kadang satu perbualan je yang kau perlukan.