Skip to content

Sumpahan Bekerja Sendiri


Untuk sesetengah orang, ketika kita sampai ke satu peringkat kerjaya, ada masanya kita akan sampai ke peringkat tepu.

Macam rutin terlalu familiar. Client baru sukar nak dapat. Nak naikkan rate tapi value apa nak tambah? Lagi-lagi kalau kau buat freelancing.

Macam kes saya, selepas 17 tahun freelancing, kerja sendiri ni macam ada sumpahan sendiri. Too close for comfort. Tiada peer pressure. Tiada corporate race. Hanya kau, skrin, dan projek yang datang dan pergi. Perubahan perlu dibuat, tapi bagaimana?


Fasa Langgar Dinding

Masa lapang saya gunakan untuk membaca dan meneroka. UI UX design menarik perhatian saya era digital sedang mendaki puncak, sebab bila saya lihat pasaran kerja kebanyakkan jawatan yang ditawarkan berkait dengan UI/UX design.

Jadi saya mulakan dengan cara biasa. Tonton tutorial. Baca artikel. Cuba buat prototype sendiri. Bila kau buat sendiri ni, macam tiada penghujung. Sebab tiada mentor yang beri petunjuk dan panduan.

Pernah saya habiskan 2 jam di YouTube semata-mata untuk buat design system step by step dalam Figma. Rasanya sampai pening kepala, jadi fatigue.

Self-learning ni sebenarnya ada had, kau boleh tahu teori. Tapi teori tanpa konteks sebenar hanya akan buat kau langgar lebih banyak dinding.


Bermula dengan ‘Like’

Ketika itu saya sedang aktif menghasilkan carousel content di LinkedIn. Kawan lama masa kerja agensi like post saya. Tengok profile ehh dia ada run agensi UX. Nampak macam ada peluang, saya hantar DM say hi, one thing to another kami jumpa dan berborak..

Dalam hidup ni memang tiada kebetulan sebab dia memang nak hire UX researcher dan merasakan saya calon yang sesuai. Produk yang sedang dibangunkan adalah Takaful, dan dia perlukan seseorang dengan latar belakang Melayu dan Muslim untuk menjalankan penyelidikan pengguna. Saya jenis yang berterus tenag dan tanya kenapa dia berminat untuk masukkan saya dalam team dia. Dia kata saya gaya visual dan ilustrasi dalam carousel LinkedIn post saya.

Point sampingan yang saya nak sampaikan juga, portfolio bukan penentu untuk dapat kerja, kadang hasil kerja yang kita post di media sosial tu lah portfolio kita yang menarik perhatian seseorang.


Dia Tak Tahu Umur Saya

Masa kami jumpa, dia tak tahu saya berumur 49 tahun. Team member yang lain punyalah muda ada yang sebaya dengan anak saudara. Malah mak dorang tu sebaya dengan saya. Tapi seronok sebenarnya bekerja dengan gen Z.

Yang dia nampak — seseorang yang datang dengan kerendahan hati, tahu apa yang dia mahukan, dan bersedia untuk bermula dari bawah.

Dan yang menarik dia tidak letak saya di mana saya minta. Saya datang nak belajar UI design. Dia nampak sesuatu yang lain dalam diri saya dan arahkan saya ke UX research.

Sebab itulah maksud “learn to unlearn” yang sebenar — bukan sekadar belajar benda baru, tetapi bersedia untuk dihalakan semula oleh seseorang yang nampak lebih jauh dari kamu.


Ini Dah Ada Dalam Darah

Projek Takaful itu membuka sesuatu yang saya tidak sangka. UX research  perlukan kita menemu bual sekumpulan demografi pengguna, menggali masalah sebenar, memahami apa yang orang rasa tapi tidak tahu bagaimana nak ungkapkan — ini bukan kemahiran baru bagi saya.

Tanpa sedar perkara ni saya dah buat dulu cuma medium berbeza. Masa saya bina Majalah BIKIN. Sesi temubual. Mendengar. Bertanya soalan yang betul. Mencari apa yang tersembunyi di sebalik jawapan pertama semua memang dalam selalu saya buat, jadi bila tugasan penyelidikan pengguna ni cuma cara baru untuk saya gunakan dan aplikasi dalam pembangunan produk

Saya tidak jumpa kerjaya baru. Saya jumpa nama untuk apa yang saya dah sedia ada dalam diri.


Hasilnya

Saya sedar satu perkara tentang diri saya —  fast learner. Bila dapat assignment, saya akan research dulu. Kadang-kadang sampai down to the rabbit hole, semata-mata nak faham konteks dengan betul.

Dan itulah yang accelerate segalanya.

Dalam masa kurang 6 bulan, saya berani ambil 3 projek UI/UX design secara freelance. Kali ini dengan keyakinan yang berbeza. Kali ini saya naikkan rate 3 kali ganda.

Pertama kali hantar invoice dengan rate baru berdebar juga, takut client tolak.

Sebab bila kau dah tahu cara projek sebenar dijalankan, cara keputusan dibuat, cara masalah diselesaikan dengan betul — kau tak lagi berteka-teki, semua ada rasional.

Bila kau bersedia ketepikan ego dan buka minda untuk belajar — itu bukan pengorbanan. Itu pelaburan.


Kalau Kau Rasa Tersekat, Buat Ini Dulu

Sebelum kau buat apa-apa keputusan besar, cuba ini:

Jangan resign dulu. Bincang dengan superior kamu. Minta projek baru. Minta exposure ke bidang lain. Ramai yang resign dulu baru fikir — jangan jadi statistik tu.

DM orang yang kamu respect. CEO. Founder. Orang dalam industri yang kamu minat. Worst case — no reply. Best case — pintu terbuka seperti yang berlaku pada saya.

Test dulu sebelum commit. Self-learning ada hadnya tapi ia cukup untuk test sama ada minat kamu genuine atau sekadar disco ball syndrome. Bagi diri kamu 30 hari. Tengok macam mana rasa.

Kalau zero knowledge — ambil internship atau entry level. Tiada yang lebih baik dari persekitaran sebenar. Gaji rendah, ilmu tinggi. Trade-off yang berbaloi.


Satu Pengakuan Jujur

Mungkin sebab saya freelancer, kebebasan membuat keputusan juga tidak terikat. Tiada boss yang perlu diminta izin. Itu privilege yang saya akui. Tetapi ia tetap datang dengan harga seperti masa dan tenaga. Semua ni perlukan perancangan strategik.

Tapi prinsipnya sama untuk semua orang.

Cari cara untuk masuk ke persekitaran sebenar — dengan apa cara sekalipun. Kerana tiada tutorial, tiada kursus, tiada sijil yang boleh gantikan pengalaman bekerja dalam persekitaran sebenar, selesaikan masalah sebenar malah interaktif sebenar tu yang buatkan pengalaman lebih berharga.

Kadang-kadang, langkah ke belakang adalah satu-satunya cara untuk melompat ke hadapan.


P.S. Di Majalah BIKIN, saya menulis tentang pengalaman manusia, UX, perniagaan dan psikologi — berdasarkan 30 tahun pengalaman merentasi pelbagai industri. Jemput baca dan ikuti perkembangan selanjutnya.