Bagaimana Rekaan Dan Digital Membenteras Pandemik

Semenjak bermulanya pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada awal 2020, rata-rata kita dapat melihat pelbagai maklumat yang dikongsi oleh pihak berkuasa di arus perdana, jenama dan perniagaan di media sosial, mahupun oleh ahli keluarga dan sahabat kita di atas talian dan di luar talian. Tujuan bagi penyebaran maklumat ini di antaranya sebagai makluman umum mengenai virus tersebut, laporan status antarabangsa dan tempatan yang terkini, cara-cara untuk mengelakkan jangkitan, petua untuk kekal sihat dan sebagainya.

Antara medium yang disampaikan ialah infografik, poster, video pendek, aplikasi mudah alih, laman web, risalah dan berbagai lagi yang dihasilkan melalui rekaan digital dan multimedia. Tiga sumber utama kita perolehi maklumat-maklumat pentinng ini adalah daripada kerajaan dan pihak berkuasa, perniagaan dan sektor swasta, dan masyarakat umum.

Agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi & Multimedia yang menyebarkan maklumat rasmi mengenai pandemik ini, selain lintas langsung di berita televisyen dan radio, ialah penyebaran poster dan infografik yang mudah difahami rakyat di media sosial KKM, manakala penggunaan aplikasi mudah alih MySejahtera dan Selangkah untuk menjejak, mengelak dan membendung penyebaran virus. Majlis Keselamatan Negara juga menggunakan Telegram untuk menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan tepat. Ini memberi keyakinan kepada rakyat dalam menghadapi PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dalam mengawal pergerakan orang awam supaya seterusnya dapat melandaikan lekukan yang disaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan kerajaan antarabangsa, sementara menunggu pakar-pakar perubatan menghasilkan vaksin.

Perniagaan yang terjejas dari pandemik ini juga terpaksa mengambil langkah drastik untuk supaya terus kekal dan pada masa yang sama membantu golongan yang terkesan.

Berbagai promosi dalam bentuk posLng dan iklan di media sosial untuk memaklumkan pengguna akan barangan keperluan pandemik seperti topeng muka, pembersih tangan, pembersih udara dan perkhidmatan penghantaran barang dapur, makanan, ke rumah dari Grab, Lala Move, Food Panda dan lain-lain lagi bagi kemudahan semua.

Agensi rekaan seperti ZHOA juga mengambil inisiatif dengan menghasilkan kandungan melalui poster digital dan video bagi membantu warga pekerja seperti panduan untuk berkerja dengan efektif dari rumah, bagaimana perniagaan boleh bertahan di kala kemelesetan ekonomi dan persediaan untuk masa depan yang lebih cerah selepas kemelut pandemik ini.

Masyarakat  juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi maklumat menghadapi pandemik dengan cara tersendiri melalui penyebaran poster kesedaran, laman web visualisasi data pandemik, petua memasak dan seni & kraf secara dalam talian, membuat video yang bernada positif untuk menaikkan semangat penonton, dan sebagainya. Semua ini tidak dapat dihasilkan jika bukan kerana rekaan digital dan multimedia yang boleh diakses pembikinan dan penyebarannya secara mudah kian hari. Peningkatan penggunaannya membuktikan walaupun di kala pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini, ianya dapat dihadapi dan dikawal dengan penyebaran mesej yang sahih dan terkini, dan sekiranya semua pihak bekerjasama demi kesihatan, keselamatan dan kemakmuran, pandemik ini dapat dibendung dengan lebih cepat dan berkesan.

(ZHOA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bertugas di barisan hadapan yang sedang berjuang melawan pandemik ini dan memulihkan negara dan dunia ke arah yang lebih sihat dan aman.)

Pages: 1 2