Selamat datang ke Hotel Lipas

Halim perlu melakukan perkara terakhir sebelum berpindah ke rumah barunya.

Iaitu dia perlu menamatkan perkhidmatan internet kerana di tempat barunya masih belum tersedia.

Apabila sampai di kaunter, staf bertugas menyatakan beliau perlu pegi ke cawangan B tersebut untuk melakukan penamatan kerana cawangan C ini tidak boleh melakukan proses penamatan akaun.

Walaupun hakikatnya Halim mendaftar akaun internet di cawangan C.

Halim bergegas ke cawangan C untuk melakukan perkara tersebut. Setibanya di kaunter dan mengisi borang, pegawai bertugas memaklumkan yang penamatan akaun hanya boleh dilakukan setelah tiga bulan notis penamatan dibuat.

Ini bermakna, Halim terpaksa membayar langganan tiga bulan akan datang walaupun dia tidak lagi menggunakan perkhidmatan internet tersebut.

Walaupun perkara tersebut termaktub didalam ‘fine print’ perjanjian ia adalah taktik kebanyakkan syarikat atau penyedia perkhidmatan mengguna pakai kaedah yang dipanggil.

‘Roach Motel’
Nak masuk senang, nak keluar susah’

Taktik kotor yang memanipulasi pengguna produk digital juga tidak terkecuali.

Proses yang rumit dan menyusahkan dirancang dengan sengaja untuk melunturkan semangat pengguna meneruskan niat untuk berhenti menggunakan sesuatu produk.

Siapa yang pernah terkena dengan taktik sebegini?

Harry Brignull merupakan UX Specialist yang berpengkalan di United Kingdom yang mengusulkan terma ‘Dark Pattern’. Beliau menyedari terdapat banyak taktik kotor yang mengelirukan pengguna digital mengakibatkan mereka secara tidak sengaja ‘terpedaya’ dengan taktik licik sesetengah website atau lama e dagang. Kebanyakkan taktik ini dilakukan dengan sengaja.