Ayam ‘selamatkan’ pelari pecut dunia.

Usain Bolt bersara pada tahun 2017, namun pelari pecut dari Jamaica masih dianggap sebagai lelaki paling pantas dunia.

Pada tahun 2008, selepas tiba di kem pra Olimpik di Beijing, Bolt mencuba makanan China. Tetapi tubuhnya tidak dapat menerima diet makanan cina.


Jadi bila Sukan Olimpik Beijing 2008 bermula Bold memutuskan menggunakan kaedah mudah dalam pelan pemakanan.

Dia memutuskan untuk makan tidak lain hanyalah ayam McNugget McDonalds ketika sukan Olimpik.

Itulah menu yang menjadi santapan beliau pagi petang siang dan malam.

Malah selepas memenangi 3 pingat emas, memecahkan rekod dalam 100m (9.69s), 200m (19.30s) and 4 × 100 berganti (37.10s) akhir, Bolt mengaku yang dia telah memakan 1,000 chicken McNuggets ketika Sukan Olympik.

100 McNugget sehari tu!

Bolt hanya makan McNugget, bukan sebab makanan McDonalds adalah yang terbaik tetapi ia adalah pilihan yang selamat.

Dia tahu makanan McDinalds akan kekal konsisten, sama dan selamat untuk dimakan – tak kira di mana sahaja di dunia.

Pastinya, ini bukanlah plan pemakanan yang seorang atlet Olimpik yang boleh dijadikan contoh.

Tetapi atas beberapa sebab, ianya adalah diet yang selamat untuk diikuti.

Ini kerana McNuggets membekalkan sumber portein yang diperlukan sebelum perlumbaan. Dan yang paling penting, ianya tak buatkan dia sakit.

Kadangkala menjadi pilihan ‘cukup baik’ cukup untuk menjadi pilihan yang cukup baik untuk membina perniagaan/jenama.

Untuk kebanyakan masa pelanggan memilih produk yang ‘cukup baik’ berbanding produk yang terbaik.