Bagaimana Khairul Aming menambat hati para isteri.

Khairul Aming merupakan influencer makanan paling popular saat ini dengan pengikut mencecah 3.5 juta.

Apa yang menyebabkan Khairul Aming berjaya menambat begitu ramai pengikut? Terutamanya surirumah dan isteri?

Tahukah anda apakah kerumitan terbesar para isteri selepas tak boleh nak deicide pakai tudung warna apa? atau nak makan kat mana? atau patutkah mereka start diet bulan lepas atau adakah potongan rambut baru mereka yang menyebabkan mereka nampak 5kg lebih berat?

Mereka masih tak boleh nak deicide nak masak apa untuk makan malam/tengahari/sarapan.

Ini adalah kerungsingan yang dikongsi oleh para isteri diperingkat global terutamanya pada bulan puasa.

Jadi apabila Khairul Aming melancarkan 30 hari 30 resepi. Ianya bagaikan satu hikmat yang turun memberikan kuasa kepada wanita untuk tidak perlu pening memikirkan menu apa yang perlu dimasak setiap hari.

Khairul Aming diminati bukan sebab dia invent masakan baru atau menu pelik seperti masi goreng belacan cheese. Tidak.

Bukan sebab dia chef bertaraf bintang Michelin. Tidak

Disamping imejnya yang sederhana dan bersahaja, video berdurasi pendek resepi yang dikongsi juga mudah didapati dan senang dimasak walaupun anda pertama kami memegang senduk di dapur.

Khairul Aming tahu bagaimana untuk memberi solusi kepada kerungsingan para isteri.

Solusi apa yang anda berikan terhadap masalah pelanggan anda?