Berhenti suapkan jajan ke otak.

Jajan atau junk food umumnya makanan yang berkualiti rendah dan tidak mempunyai nilai khasiat untuk dimakan.

Ianya murah, sedap dan tidak mengenyangkan.

Tidak perlu diberitahu lagi yang ianya buruk untuk kesihatan tubuh anda jika kerap dimakan secara berlebihan.
Selain tubuh anda juga tidak terlepas menyuapkan jajan ke otak dan minda.

Kandungan viral, meme, video trending adalah contoh kandungan jajan yang tidak memberi manfaat bukan sahaja membuang masa.

Tetapi memberi kesan buruk kepada kesihatan mental.

Bentuk hiburan pantas dan segera seperti ini banyak membazirkan dopamin anda.

Dopamin adalah hormon yang dirembeskan di saraf otak apabila kita merasa terhibur, teruja dan seronok.

Kesannya adalah sama seperti mereka yang ketagihan judi, pornografi atau dadah.

Ya, ketagihan media sosial bermula hanya dengan kandungan jajan yang menghabiskan masa berharga anda.

Hargai dopamin anda, gunakannya untuk merasai kebahagiaan bersama orang tersayang dan saat paling berharga dalam hidup.