Apa yang kau merepek ni?

Sweet Tooth terbitan Netflix mengenai seorang budak lelaki bernama Gus yang hidup di zaman post apokalips.

Gus yang lahir dan membesar dengan genetik binatang mempunyai tanduk dan telinga rusa. Pada zaman tersebut terdapat wabak yang menyebabkan genetik manusia bercampur dengan binatang.

Setelah kematian bapanya Gus memulakan pengembaraan mencari asal-usul dirinya.

Gus bertemu Bear, seorang remaja perempuan normal yang juga mencari adiknya yang hilang. Mereka menjadi rakan baik.

Dalam episod 7, Gus sampai di rumah lama ibunya dan menemui fail yang memberikan jawapan terhadap persoalannya. Hanya mendapati dia hanyalah bayi klon dari makmal.

Gus keliru dengan maklumat tersebut dan Bear cuba menenangkan perasaan Gus.

Dalam episod 7, Gus sampai di rumah lama ibunya dan menemui fail yang memberikan jawapan terhadap persoalannya. Hanya mendapati dia hanyalah bayi klon dari makmal.

Gus keliru dengan maklumat tersebut dan Bear cuba menenangkan perasaan Gus.

Bear: Aku mungkin tak pernah ceritakan hal ni sebelum ni. Tapi aku nak bagitahu yang aku juga anak angkat. kau tahu apa maksudnya?

Gus: Maksudnya ibubapa kau bukan ibubapa sebenar.

Bear: Bukan, mereka adalah ibubapa aku sama macam ibubapa kandung juga.

Gus: Apa yang kau merepek ni? (*Stop using BIG word!)

*skrip asal

Saya bagaikan terpukul ketika menonton babak ini, terlintas di fikiran betapa kerap saya menggunakan terma yang tidak difahami pelanggan.

Perkara ini berlaku hampir setiap hari, jenama dengan megah akan menggunakan jargon atau terminologi yang akhirnya tidak difahami pelanggan.

Dalam dunia pemasaran Gus adalah pelanggan manakala Bear adalah marketer atau jenama.

Pelanggan tidak perlu tahu betapa hebatnya sistem kerja atau produk anda, mereka hanya mahu tahu bagaimana kepakaran anda memberi solusi terhadap masalah mereka.

Pernah ketika saya berkerja di sebuah agensi digital, saya akan mengiringi ketua jabatan saya bermesyuarat dan mendengar pitching yang dipersembahkan. Sering saya terkesima (dan tak faham) dengan terma yang keluar dari mulutnya namun pada saya itu dah cukup membuatkan presentation beliau kelihatan gempak dan jadikan dia nampak bijak.
.
Bila tiba giliran saya mempunyai agensi kreatif sendiri, saya mempersiapkan diri dengan berbekalkan pengalaman lepas. Bila saya sebut beberapa terma digital marketing kepada pelanggan ada diantara mereka yang mengerutkan dahi dan bertanya semula terma yang disebutkan itu.
.
Bila saya muhasabah terhadap situasi tersebut, dapat saya simpulkan yang pelanggan sebenarnya tak peduli betapa hebatnya skill atau projek yang anda pernah buat. Mereka hanya peduli tentang masalah mereka dan bagaimana kepakaran kita menyelesaikan masalah mereka.