Seindah kata, semurni budi

Mira dan keluarganya baru berpindah ke sebuah kejiranan baru di pinggir kota.

Di tempat barunya Mira berkawan dengan Safiah yang juga merupakan jirannya.

Gembira dengan kehidupan barunya, Mira yang gemar berkunjung ke perpustakaan awam tidak dapat menahan kekecewaannya tentang mutu buku dan perkhidmatan di perpustakaan itu.

Malah itu menjadi topik yang sering diluahkan kepada Safiah apabila bertemu.
Setelah beberapa lama tidak mengunjungi perpustakaan tersebut, Mira terkejut dengan sambutan yang di terima oleh pustakawan disitu malah beberapa buah buku terbaru telah disediakan khas untuknya.


Mira yang gembira dengan perubahan tersebut berkongsi cerita dengan Safiah.

“Mesti kau dah bagitahu pasal rungutan aku tu kan?

“Taklah” balas Safiah.

“Malah, – aku harap kau tak kisah – aku cakap kat pustakawan tu yang suami kau kagum dengan usaha mereka menubuhkan perpustakaan untuk orang awam kat pekan kita ni dan dapat rasakan dia ada citarasa yang tinggi dalam pemilihan judul buku bermutu.”

Banyak cara untuk kita memberikan maklum balas seterusnya memberi motivasi kepada mereka yang menerima kritikan/cadangan.

Kisah ini diadaptasi dari internet