Muid Latif: Bintang Dunia Kreatif Malaysia

Walaupun saya tidak mengenali rapat, pertemuan pertama kami ialah ketika menghadiri bengkel anjuran Bank Negara Malaysia: Design For Print pada tahun 2017. Selepas itu kami hanya berhubung melalui media sosial sahaja. Namun sikapnya yang peramah, terbuka dan tidak lokek berkongsi ilmu menjadi beliau begitu mudah didekati. Muid Latif telah meninggalkan dunia ini, corak pemikiran beliau yang kritis dari kalangan pereka sukar dicari ganti namun legasi yang ditinggalkan diharap menjadi bekal untuk pereka muda mencari arah dalam membina kerjaya dalam lapangan kreatif. Saudara Muid Latif telah kembali menemui penciptanya pada bulan April 2020 yang lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Pages: 1 2