Motivasi yang memperdayakan

Salem nekad, pada tahun baru ini dia akan memulakan hidup baru, gaya hidup baru. Salem bukanlah seorang perokok tegar yang asapnya mampu buat orang sangka ada keretapi arang batu baru sahaja berlalu ataupun seorang kaki goyang kepala di kelab malam. Bukan. Salem hanyalah pemuda biasa yang gemar mengisi masa lapang dengan mengisi perutnya.
Pantang ada menu viral, dialah yang pertama upload di story, dari burger viral lapan tingkat hingga air bubble manis berdentum semua dah lalu ditekaknya. Kali ini dia tekad, walau apa pun yang datang dia tetap tekad.
Pagi ini, Salem membuka app fitness yang baru dilanggannya untuk program fat loss. Sedang dia menyarung kasut sukan yang baru dibeli semalam.

Tiba-tiba ada panggilan masuk

“Lem, buat apa tu? Jom ikut Aku makan nasi lemak lobster. Aku belanja”.

Salem terpaku.
Dia cuba menolak. Tapi tak berdaya.
Sebab ini kali ketiga, kalau dia menolak lagi pelawaan kawannya.

Dengan berakhirnya panggilan itu, maka tercampaklah azam barunya bagai bungkusan kertas burger hanyut di Sungai Tebrau.

Begitulah kehidupan. Kita boleh beli semua alat dan program untuk bantu mencapai impian.

Kita sering tertipu dengan motivasi. Sekiranya ada motivasi semua menjadi, ada kuasa untuk capai matlamatnya. Hakikatnya kita tidak perlukan motivasi setiap masa.

Salem perlukan fokus. Fokus pada dirinya. Fokus pada azamnya. Perkara yang lain hanya kebisingan yang mengganggu fokus.

Seperti seorang pelari pecut 100m, dia hanya memandang ke garis penamat. Matlamatnya ialah untuk sampai dan jadi pemenang.

Motivasi bawa ke garis permulaan.
Fokus bawa kepada garis penamat.